Em Chicago mengucapkan Selamat Datang kepada YBhg. Tan Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia ke Chicago!

Lawatan rasmi beliau turut disertai oleh isteri, YBhg. Puan Sri Nik Hasmah Nik Kadir, YBhg. Datuk Dr. Rosslina Ahmad Mokhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA dan En. Wan Zulhazmi Wan Yusof, Pegawai Khas KPPA.

Pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia Washington DC juga turut serta bersama dalam lawatan ini.

Tan Sri KPPA dan delegasi akan melawat pelajar-pelajar Malaysia di University of Wisconsin-Madison dan University of Illinois Urbana-Champaign hari ini dan esok.

illino1

 

Lawatan rasmi YBhg. Tan Sri KPPA dan delegasi ke University of Wisconsin-Madison bertemu para pelajar Malaysia semalam 30 November 2017.

YBhg. Tan Sri KPPA juga sempat beramah mesra dengan para pelajar dan mendekati pelajar mengenai kehidupan seharian mereka.

illino

YBhg. Tan Sri KPPA meneruskan lawatan rasmi beliau hari ini ke University of Illinois Urbana-Champaign dan bertemu dengan pelajar-pelajar di sini.

Beliau amat menitikberatkan sahsiah dan kemaslahatan para pelajar dan berharap para pelajar dapat menjalani pengajian dalam keadaan yang selesa dan komprehensif.

illini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s